STRA COMMUNITY MEETING
Tarikh: 13 Februari 2016
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tghari
Lokasi : Padang Permainan 8/1
Kehadiran:
1. En. Perumal Nagappan
2. En. Adi Azlan Mohd Ali
3. Pn. Nurshahrily Idura Ramli
4. Dato Irfan Shah
5. En. Khabir
6. En. Lawrence Ling
7. Puan Anna Ling
8. En. Krisnan Moorthy
9. Puan Putri Noriza
10. En. Hamka Aziz
11. En. Shamsul Rodzi
12. En. Hafizi
13. En. Zaki bin Yamat
14. Puan Rozi
15. En. Saravanan
16. Puan Saravanan
17. Puan Sarimah
18. En Ayob
19. En. Yeap
20. Puan Sonia Yeap
21. En. Lee
22. En. Vinod
23. En. Sharma
24. En. Mohamad Isam
25. En. Hooi
26. En. Vijayatharan
27. En Rozi
28. Puan Puteri Rozinee
29. Puan Sabariah
30. Puan Haslina
31. En. Yasser Arafath
32. Puan Mumtaz
33. En. Mohammad Mat Taib
34. En. Lee Chiew Wah
35. En. Lau Tong Ngee
36. En. Mohd Ridzuan Hamzah
37. Puan Mary Jaga
38. En. Gwi Meng Hann
39. Cik Siti Norsyafikah
40. En. Alex
41. En Hassan
42. Puan Noriah
43. En. Ko
44. En. Yeo Yoke Bee
45. Cik Norfathine
46. En. Muniandy Nagooran
47. En. Zaini Mokhtar
48. Dr. Zuraihan
49. En. Mohammad Affendy
50. En. Abdullah Bustami
51. En. Shaifullizan Mohammad
52. En. Jamil Khair Muhammad
53. En Amirul Azrai
54. En. Mohamad Rafi
55. En. Syed Iezzat
56. En. Thamizh Selvan
57. En. Rakesh
58. En. Segaran Krishan
59. En. Ramesh Thekkamalay
60. Mohd Fadhli Jusoh
61. Puan Saliza
62. En. Asmadillah Alias
63. Puan Norhayati
64. En. V. Sanmugam
65. En. Tan Kim Hock
66. En. Jaberi (Ahli Majlis MPSJ)
67. En. Saberi (Ahli Majlis MPSJ)
▶️ AGENDA:
1. Pengenalan dan sasaran STRA
2. Cadangan Guard and Gated Community
3. Cadangan Pagar Kawasan 8/1
4. Projek Kebun Komuniti
5. Ucapan wakil MPSJ
1️⃣ PENGENALAN KEPADA STRA
Presiden,
En. Perumal Nagappan dan Setiausaha, En Adi Azlan Mohd Ali telah
memberi pengenalan dan maklumat tentang pertubuhan STRA. Antaranya
adalah seperti berikut:
Pertubuhan STRA iaitu Persatuan Penduduk
Shakespeare Terrace, Kawasan 8/1, Putra Heights, Subang Jaya yang telah
berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (The Registry of
Societies of Malaysia ).
Matlamat STRA:
Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat
Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan
Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk
Mengeratkan perasaan muhibah dan saling hormat menghormati
Menganjurkan
aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial,
akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat
Mewujudkan perpaduan di anatara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa
Yuran Keahlian:
Bayaran masuk : RM 100 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja)
Yuran : RM 20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)
Mengenalkan Ahli Jawatankuasa STRA:
Presiden :En. Perumal Nagappan
Timbalan Presiden :En. Jeremy
Setiausaha :En. Adi Azlan Mohd Ali
Timbalan Setiausaha:Pn. Nurshahrily Idura Ramli
Bendahari :En. Habi
AJK:
En.Irfan Shah
En. Jamri
En. Shamsul
En. Abd Khabir
En. Krisnan Moorthy
En. Lawrence Ling
En. Adri
2️⃣ CADANGAN GUARD AND GATED (GnG) COMMUNITY
Mesyuarat
melalui Presiden, En. Perumal Nagappan dan Setiausaha, En Adi Azlan
Mohd Ali telah membentangkan keperluan, syarat dan cadangan untuk
perlaksanaan GnG iaitu khidmat kawalan sekuriti berpalang.
Faktor Keperluan:
Kadar
jenayah pecah rumah dan rompak yang meningkat sekitar Subang Jaya
secara am dan secara khas, peningkatan kes pecah rumah, curi kereta dan
sebagainya di kawasan 8/1.
Hanya 2 kawasan perumahan di Putra
Heights yang masih belum melaksanakan GnG di kawasan mereka, iaitu
Seksyen 9 dan Seksyen 8. Dengan pembangunan yang pesat di sekitar Putra
Heights, ini akan menjadikan kawasan-kawasan yang tiada kawalan
keselamatan ini, termasuk kawasan 8/1 berisiko tinggi untuk berlakunya
kejadian jenayah.
Mesyuarat seterusnya membuka sesi perkongsian pengalaman mangsa rompakan/pecah masuk/curi kereta oleh penduduk 8/1.
Antara mereka yang tampil berkongsi pengalaman adalah:
Puan Puteri Noriza : Kes pecah masuk rumah (Disember 2015)
En. Sharma Segaran : Kes pecah cermin kereta dan rampasan barang berharga
En. Yasser : Kes pecah masuk rumah pada waktu malam ketika penghuni sedang tidur.
Pn. Haslina : : Kes pecah masuk rumah (Disember 2015)
En. Saravanan : Kes rompakan bersenjata di rumah
En. Khabir : Kes curi kereta (Januari 2016)
Syarat Perlaksanaan GnG:
Mesyuarat telah membentangkan syarat-syarat perlaksanaan GnG. Antaranya adalah:
1. Mendapatkan 75% persetujuan berekod daripada penduduk komuniti.
2. Kos GnG akan ditanggung oleh komuniti sendiri
3.Bayaran yang akan dikumpul adalah secara berkala (3 bulan/6 bulan/Setahun)
Cadangan Perlaksanaan GnG:
Mesyuarat telah mengemukan beberapa plan cadangan perlaksanaan GnG untuk STRA di kawasan 8/1.
✋En. Rozi telah mencadangkan GnG dilaksanakan di 8/1.
✅Cadangan
ini telah disokong oleh En. Mohd Hisham dan mendapat persetujuan
sebulat suara daripada penduduk yang menghadiri mesyuarat.
✋En.
Saravanan telah mencadangkan supaya komuniti memberi kuasa kepada STRA
untuk menjalankan projek GnG ini. Ini melibatkan pemilihan syarikat
keselamatan dan juga penempatan dan operasi GnG kelak.
✅Cadangan ini telah disokong oleh En. Hooi dan mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua yang menghadiri mesyuarat.
✋En.
Zaki telah mencadangkan kutipan wang bagi membiayai servis GnG ini
dikutip secara berkala, dalam jumlah terkumpul sekurang-kurangnya 3
bulan.
✅Cadangan ini telah disokong oleh En. Vijay dan mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua yang menghadiri mesyuarat.
✋En
Shamsul mencadangkan agar beberapa plan lokasi operasi GnG dimaklumkan
kepada komuniti melalui email atau aplikasi whatsapp untuk mendapatkan
persetujuan majoriti.
Ajk STRA mengambil maklum perihal ini.
3️⃣CADANGAN PAGAR KAWASAN 8/1
Mesyuarat
telah juga mengusulkan cadangan memagar kawasan 8/1. Namun maklumat
tentang projek ini masih dalam proses pengumpulan. Projek ini mungkin
akan dijalankan selepas perlaksanaan projek GnG.
4️⃣ PROJEK KEBUN KOMUNITI
En. Adi Azlan telah membentangkan maklumat tentang projek kebun komuniti seperti berikut:
MPSJ amat menyokong projek kebun kominiti di 8/1.
Lokasi kebun adalah di kawasan lapang berhadapan taman permainan.
Pihak MPSJ akan memberi sumbangan tanah, baja dan benih bagi membantu komuniti membangunkan kebun ini.
Ahli komuniti 8/1 yang berminat hanya perlu memberikan maklumat kepada En Adi Azlan untuk proses yang selanjutnya.
5️⃣ UCAPAN WAKIL MPSJ
Mesyuarat amat berbesar hati menrima kunjungan daripada wakil MPSJ kawasan Putra Height iaitu En Jaberi dan En Saberi.
En Jaberi telah menerangkan tentang beberapa tugas dan peranan MPSJ yang mana antaranya adalah seperti berikut:
Membantu
komuniti melalui persatuan penduduk untuk menyediakan logistik,
peralatan dan sedikit dana bagi persatuan menjalankan aktiviti seperti
jamuan hari perayaan atau gotong-royong.
Bertindak terhadap aduan
daripada persatuan yang melibatkan jurisdasi MPSJ, antaranya dalam
menjaga fasiliti dan juga kawasan MPSJ agar sentiasa bersih dan selamat.
Sebarang aduan untuk tindakan MPSJ, bolehlah dilaporkan kepada Persatuan Penduduk yang akan berurusan dengan MPSJ.
⏹ Mesyuarat mengambil maklum segala cadangan dan makluman yang telah dicadangkan dan diusulkan oleh penduduk.
Dengan itu, En. Shamsul mencadangkan supaya mesyuarat ditangguhkan, dan cadangan ini telah di sokong oleh En. Ruzi.
Mesyuarat ditangguhkan pada 12:45pm kepada tarikh dan masa yang akan diputuskan kelak.
Disediakan oleh:
Nurshahrily Idura Ramli
No comments:
Post a Comment